Affiliate merupakan satu program dimana penguasaha laman web menawarkan perkongsian keuntungan kepada sesiapa saja yang ingin mendaftar menjadi egen affiliatnya. Secara teknikalknya affiliate ialah salah seorang promoter atau selesmen bagi sesebuah produk. Dengan adanya tawaran sebegini, pemilik produk itu akan memberikan komisen kepada affiliatenya berdasarkan jumlah kuantiti produk yang dijual oleh affiliatenya.
Secara tidak langsung juga, program affiliate ini memberi satu keuntungkan yang besar kepada pengusaha laman web kerana sesiapa sahaja boleh menjadi agen affiliate untuk mempromosikan produk dan juga laman web itu tersendiri. Jualan akan meningkat apabila sesebuah laman web itu terkenal dimata pengguna internet.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai program affiliate ini, mereka dialu-alukan kerana program ini adalah bukan program skim cepat kaya atau MLM tetapi program ini adalah hasil dari usaha kita sendiri untuk menjada pendapatan sampingan dan program ini adalah percuma dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja.